Masalah Pengajaran Kemahiran Berbahasa Di Sekolah Di Indonesia
Negara Indonesia yang multibudaya dan multibahasa memerlukan alat komunikasi yang dapat difahami oleh seluruh komponen bangsa, iaitu adanya satu bahasa yang juga dapat dijadikan sebagai lambang negara sekaligus sebagai pemersatu bangsa. Berdasarkan berbagai-bagai pertimbangan yang dilakukan oleh para pendiri/pejuang bangsa ini, bangsa Indonesia menetapkan bahasa Indonesia sebagai bahasa negara. Hal ini tercantum secara jelas dalam ikrar ketiga Sumpah Pemuda 1928 yang berbunyi ‘Kami poetra dan poetri Indonesia mendjoendjoeng tinggi bahasa persatoean, bahasa Indonesia’ dan dalam Pasal 36 UUD’45 menyatakan bahawa “Bahasa negara ialah bahasa Indonesia”. Daripada dua dokumen rasmi tersebut, tersurat secara jelas bahwa Sumpah Pemuda menegaskan bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional sedangkan Pasal 36 UUD’45 menegaskan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi negara.
Demikian pula halnya, sebagai mana yang telah dirumuskan dalam Seminar Politik Bahasa Nasional (Finoza, 2001: 3-4) menyatakan bahawa sebagai bahasa nasional, bahasa Indonesia berfungsi sebagai: (1) lambang kebanggaan nasional, (2) lambang identitas nasional, (3) alat pemersatu masyarakat yang berbeza latar budayanya, dan (4) alat perhubungan antara budaya dan antara daerah. Dalam kedudukannya sebagai bahasa negara, bahasa Indonesia berfungsi sebagai: (1) bahasa rasmi kenegaraan, (2) bahasa pengantar rasmi di lembaga pendidikan, (3) bahasa rasmi untuk kepentingan perencanaan dan pelaksanaan pembangunan, (4) bahasa resmi dalam pengembangan kebudayaan nasional dan pemanfaatan IPTEK (ilmu pengetahuan dan teknologi) (Finoza, 2001: 3-4).
Fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional dan bahasa negara di atas, secara langsung menegaskan bahwa bahasa Indonesia akan mengikat seluruh komponen bangsa ini untuk menggunakan bahasa Indonesia secara baik dan benar. Hal ini akan membuat seluruh masyarakat khususnya pelajar di sekolah harus menggunakan bahasa Indonesia dalam menjalankan fungsi kebahasaannya, kerana dunia pendidikan merupakan cermin daripada keragaman bangsa Indonesia yang memerlukan fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional. Mengingat hal itu, tentunya bahasa Indonesia dalam interaksi pelajar yang berada dalam dunia pendidikan menengah sangat memerlukan bahasa Indonesia dalam pergaulannya.
Di samping itu, fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa negara, iaitu sebagai bahasa pengantar rasmi di lembaga pendidikan dan bahasa rasmi dalam pengembangan kebudayaan nasional dan pemanfaatan IPTEK, merupakan fungsi bahasa Indonesia yang utama dalam mendorong perlunya pembelajaran bahasa Indonesia di setiap tingkat/jenjang satuan pendidikan. Dalam konteks ini, dapat dikatakan bahawa penggunaan bahasa Indonesia di setiap peringkat pendidikan menjadi satu yang wajib digunakan.
Bahasa Indonesia diperlukan para pelajar dalam melakukan interaksi keilmuannya dengan para guru di lingkungan sekolah, mahu pun berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya lainnya di luar sekolah.
Oleh itu, kertas konsep ini berupaya menyiasati lebih lanjut tentang masalah pengajaran keterampilan berbahasa para pelajar di sekolah. Dengan kata lain, penulis berupaya untuk mencapai penyelesaian yang relevan bagi pengembangan pengajaran keterampilan berbahasa tersebut di sekolah.
HAKIKAT BAHASA
Setiap manusia selalu berkeinginan untuk menjalin hubungan dengan manusia lain di luar dirinya. Hal ini merupakan kudrat manusia sebagai makhluk sosial. Dalam menjalin hubungan tersebut, bahasa memiliki peranan yang sangat penting. Bahasa tidak terpisahkan daripada manusia dan mengikuti dirinya dalam setiap kegiatannya. Mulai dari pagi hingga malam ketika ia beristirehat, manusia tidak lepas daripada pemakaian/penggunaan bahasa, bahkan saat tidur pun tidak jarang ia “memakai bahasanya”. Pada waktu manusia tampak tidak berbicara, pada hakikatnya ia masih juga memakai bahasa. Samsuri (1994: 3-4) mengatakan bahawa bahasa dalam hal ini merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk membentuk fikiran dan perasaannya, keinginan dan perbuatannya, mempengaruhi dan dipengaruhi bahkan dasar daripada sesuatu masyarakat manusia ialah bahasa itu sendiri. Beliau juga mengatakan bahawa bahasa adalah tanda yang jelas daripada keperibadian yang baik mahu pun yang buruk, tanda daripada keluarga dan bangsa dan tanda yang jelas daripada budi pekerti.
Bahasa merupakan salah satu kemampuan manusia yang terpenting yang menjadikan mereka unggul atas makhluk Allah lainnya. Bahkan bahasa juga merupakan media utama dalam berkomunikasi. Dengan bahasa, manusia dapat mengemukakan pikiran, idea-idea, perasaan, keinginan, dan lain-lain. Hal ini senada dengan yang diungkapkan oleh Keraf (1997:1) bahawa bahasa merupakan alat komunikasi antara anggota masyarakat yang berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
Anderson dalam Tarigan (1990:2-3) mengemukakan adanya lapan prinsip dasar hakikat bahasa, iaitu (1) bahasa adalah suatu sistem, (2) bahasa adalah vokal, (3) bahasa tersusun daripada lambang-lambang arbitrari, (4) setiap bahasa bersifat unik, (5) bahasa dibangun daripada kebiasaan-kebiasaan, (6) bahasa ialah alat komunikasi, (7) bahasa berhubungan erat dengan tempatnya berada, dan (8) bahasa itu berubahubah. Pendapat ini tidak berbeza dengan yang dikatakan Brown juga dalam Tarigan (1990:2-3) yang apabila dilihat banyak sekali persamaan gagasan mengenai bahasa itu walaupun dengan kata-kata yang sedikit berbeza.
Berikut ini merupakan hakikat bahasa menurut pendapat Brown yang juga dikutip dari Tarigan (1990:4), iaitu (1) bahasa adalah suatu sistem yang sistematik, barang kali juga untuk sistem generatif, (2) bahasa adalah seperangkat lambanglambang arbitrari, (3) lambang-lambang tersebut, terutama sekali bersifat vokal tetapi mungkin juga bersifat visual, (4) lambang-lambang itu mengandung makna konvensional, (5) bahasa dipergunakan sebagai alat komunikasi, (6) bahasa beroperasi dalam suatu masyarakat bahasa atau budaya, (7) bahasa pada hakikatnya bersifat kemanusiaan, walaupun mungkin tidak terbatas pada manusia sahaja, (8) bahasa diperoleh semua orang/bangsa dengan cara yang hampir/banyak persamaan dan (9) bahasa dan belajar bahasa mempunyai ciri kesejagatan.
Bahasa dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu hakikat dan fungsinya (Nababan, 1991:46). Hakikat bahasa mengacu pada pembicaraan sistem/struktur atau Langue, sedangkan fungsi bahasa menyangkut pula pembicaraan proses atau parole (Saussure, 1993, Kleden, 1997:34). Hubungan kedekatan yang tidak dapat dipisahkan antara sistem dengan proses ini dilukiskan oleh Kleden dengan kalimat: ’Tanpa proses sebuah struktur (sistem) akan mati, tanpa struktur (sistem) proses akan kacau’. Jadi, antara hakikat bahasa dan fungsi bahasa itu sendiri merupakan suatu konsep dua fungsi bahasa.
Menurut Saussure (1993), parole merupakan sebuah peristiwa atau proses.
Oleh kerana itu, parole bersifat diakronis, individual dan intensional. Sementara, langue sebagai sebuah struktur merupakan jaringan hubungan dalaman elemen-elemen bahasa serta bersifat sinkronis, kolektif, dan anonim. Dengan memerhatikan sifat itu, dapat dikatakan bahawa pendekatan strukturalisme ternyata hanya mengedepankan kajian- kajian sinkronis, kerana sebagai sebuah sistem yang relatif stabil di mana langue lebih mudah untuk dijelaskan secara objektif-ilmiah. Berbeza dengan pendekatan pascastrukturalisme yang lebih memperhatikan kajian-kajian diakronis yang subjektif.
FUNGSI BAHASA
Umumnya mengetahui bahawa bahasa merupakan suatu kenyataan apabila manusia mempergunakan bahasa sebagai saranan komunikasi verbal dalam hidup ini. Bahasa adalah milik manusia. Bahasa merupakan ciri utama yang membezakan umat manusia dengan makhluk hidup lainnya di dunia ini. Setiap anggota masyarakat selalu terlibat dalam suatu komunikasi, kerana bahasa mempunyai fungsi yang sangat penting bagi manusia terutama sekali fungsi komunikatif. Berikut disenaraikan tujuh pendapat Halliday (1992: 22) berkaitan dengan fungsi bahasa:
1. Fungsi instrumental yang bermaksud pengelolaan lingkungan, menyebabkan peristiwa-peristiwa tertentu terjadi.
2. Fungsi regulasi bertindak untuk mengawasi serta mengendalikan peristiwaperistiwa.
3. Fungsi representasional adalah penggunaan bahasa untuk membuat pernyataan-pernyataan menyampaikan fakta dan pengetahuan.
4. Fungsi interaksional bertugas untuk menjamin serta memantapkan ketahanan dan kelangsungan komunikasi sosial.
5. Fungsi personal memberi kesempatan kepada seorang pembicara untuk mengekspresikan perasaan, emosi, peribadi, serta reaksi-reaksi yang mendalam.
6. Fungsi heuristik melibatkan penggunaan bahasa untuk memperoleh ilmu pengetahuan, mempelajari seluk-beluk lingkungan. Fungsi heuristik seringkali disampaikan dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan yang menuntut jawaban. Secara khusus anak-anak mendapatkan penggunaan fungsi ini dalam aneka pertanyaan ‘mengapa’? yang tidak putus-putusnya mengenai dunia sekeliling alam sekitar mereka.
7. Fungsi imaginatif yang bermaksud penciptaan sistem-sistem atau gagasangagasan yang bersifat imaginatif.
Bahasa Indonesia merupakan sebuah bahasa yang benar-benar anugerah Tuhan yang sangat besar terhadap bangsa Indonesia. Bahasa ini lahir sebelum bangsa ini benar-benar menjadi sebuah bangsa yang merdeka. Kata Merdeka dengan segala aspek semantiknya, pada waktu bahasa ini diikrarkan tahun 1928 merupakan sebuah anganangan, cita-cita, keinginan, harapan, doa daripada para pendiri/pejuang negara ini.
Ketika bahasa dengan nama Indonesia ini muncul menjadi sebuah wacana dalam Kongres Pemuda I dan II, mendapat sambutan yang positif dari seluruh peserta kongres. Dari seluruh peserta kongres, Bapak Soenarjo, salah seorang peserta rapat yang juga menjadi urus setia persidangan mengatakan bahawa hanya ada dua utusan, iaitu, utusan daripada Putri Pasundan dan utusan dari Wilayah Sunda Kecil (NTB dan NTT sekarang) yang dalam pandangannya tidak menggunakan bahasa Melayu. Terpaksa mereka itu melakukan penterjemahan dalam berkomunikasi selama Kongres Pemuda berlangsung (wawancara dengan beliau, sekitar tahun 80-an).
Mengapa peserta Kongres Pemuda saat itu, menerima secara aklamasi keputusan ketiga daripada isi Sumpah Pemuda tersebut? Apakah tidak terjadi perdebatan yang sengit atau terjadi sebuah pertikaian yang besar yang diikuti oleh baku-hantam antara peserta Kongres Pemuda ketika bahasa Melayu diangkat darjatnya menjadi bahasa Indonesia? Mengapa bukan bahasa Jawa yang hampir dituturkan oleh 65 peratus daripada jumlah penduduk Nusantara saat itu, yang diangkat menjadi bahasa Indonesia? Juga, mengapa bukan bahasa Belanda yang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan? Ternyata, banyak sekali pertanyaan yang muncul menyangkut mulusnya Kongres Pemuda pada saat itu dalam memutuskan ikrar ketiga daripada Sumpah Pemuda.
Menurut Bapak Soenarjo, salah seorang saksi mata pada saat itu, menjelaskan bahwa pada saat itu suasana batin para pendiri bangsa ini diliputi oleh perasaan nasionalisme yang begitu tinggi. Semangat kebangsaan yang mewarnai kehidupan mereka meluruhkan rasa lokalitas kedaerahan saat itu. Keinginan yang besar untuk membentuk kesatuan dengan ideologi Indonesia menjadi obsesi semua pihak. Sehingga ketika muncul wacana pengangkatan bahasa Melayu menjadi bahasa yang dijunjung tinggi untuk dijadikan bahasa Indonesia, langsung disambut secara positif oleh seluruh peserta kongres. Jadi, semangat kebangsaan pada saat itu, membuat semua pihak atau seluruh komponen organisasi kepemudaan secara bulat dan muafakat penuh berkeyakinan bahasa Melayu yang kemudian diberi nama Indonesia, memiliki kekuatan pemersatu cita-cita besar mereka dijadikan basa nasional. Selain itu, terdapat pula penjelasan daripada salah seorang peserta sidang dan juga salah seorang pembicara yang berasal dari perkumpulan Pemuda Java ‘Yong Java’, iaitu Sitti Soendari (1981) pernah mengatakan:
Sebeloem kami memoelai membitjarakan ini, patoetlah rasanya kalau kami terangkan lebih dahoeloe, mengapa kami tidak memakai bahasa Belanda atau bahasa Djawa: Boekan sekali-kali karena kami hendak merendahkan-rendahkan bahasa ini, atau hendak mengoerang-ngoerangkan harganya. Itoe sekali-kali tidak.
Tetapi barang siapa diantara toean yang mengoenjoengi kerapat pemoeda di kota Djacatra (Betawi), jang diadakan dalam beberapa bulan jang laloe atau setelah membatja poetoesan kerapatan yang terseboet, tentoe masih mengingat akan hasilnya, jaitoe hendak berbangsa jang satoe, bangsa Indonesia, hendak bertoempah darah jang satoe, tanah Indonesia, dan hendak mendjoendjoeng bahasa persatoean, bahasa Indonesia. Oleh karena jang terseboet inilah maka kami, sebagai poetry Indonesia jang lahir dipoelau Djawa jang indah ini, berani memakai bahasa Indonesia dimoeka ra’jat kita ini. Boekankah kerapatan kita kerapatan Indonesia, ditimboelkan oleh poetri Indonesia dan dioentoekkan bagi seloeroeh kaoem istri dan poetry Indonesia, beserta tanah toempah darah dan bangsanya (disampaikan Richard Chauve, dalam seminar Internasional di Universiti Sumatera Utara, 23 April 2005).
Hal ini disampaikan oleh Ibu Sitti Soendari dua bulan setelah Kongres Pemuda, atau pada saat Kongres Perempuan. Ibu Sitti Soendari sendiri pada saat kongres tersebut, iaitu ketika beliau berbicara dengan para peserta Kongres Pemuda tersebut menggunakan bahasa Belanda, kerana katanya dia tidak fasih/bisa berbahasa Indonesia (Melayu).
MASALAH EMPAT KEMAHIRAN BERBAHASA
Masalah Kemahiran Menyimak (Mendengar)
Dalam kehidupan sehari-hari, kegiatan menyimak ini menyita/digunakan hampir 45 peratus (%) waktu berkomunikasi kita. Hal ini pernah dikemukakan oleh Rankin (1929) dalam servei (tinjauan) yang dilakukan tentang penggunaan waktu terhadap 68 orang daripada berbagai-bagai pekerjaan dan jabatan. Selama kira-kira dua bulan, ke-68 orang tersebut diamati setiap 15 minit daripada hari jaganya. Hasil menunjukkan bahwa mereka itu menggunakan waktu jaga mereka untuk menulis 9.0%, membaca 16.0% , berbicara 30.0%, dan menyimak 45.0%. Sementara, data Rankin juga pernah menunjukkan bahawa perhatian terhadap aktiviti menyimak pada sekolah-sekolah di Detroit hanya diberikan 8.0%, sedangkan untuk membaca memperoleh hampir 52.0%.
Hasil tinjauan Rankin tersebut memang sudah sangat kadaluarsa. Namun jika kita perhatikan realiti yang ada di masyarakat teknologi informasi dewasa ini, tentu peratusan untuk aktiviti menyimak ini akan lebih besar, kerana tuntutan untuk menggunakan alat pendengaran saat ini makin banyak. Hal ini sangat dimungkinkan dengan makin banyaknya alat eletronik yang menuntut kita untuk mempergunakan aktiviti menyimak.
Sebagaimana dibuktikan oleh temuan Barker (1981) dan diperkuat oleh dapatan kajian Hargie dan rakan-rakannya (1987) yang menyatakan bahwa hampir 53.0% dari waktu yang digunakan pelajar digunakan untuk menyimak, 17.0% untuk membaca, 16.0% untuk berbicara, dan 14.0% untuk menulis. Daripada data tersebut, terlihat betapa besarnya waktu yang kita gunakan untuk menyimak.
Dalam era informasi dan globalisasi ini, setiap individu dipacu waktu dan fikiran untuk dapat menyerap setiap informasi yang tepat dan betul. Untuk itu, peranan menyimak tidak patut kita abaikan. Dengan demikian, usaha meningkatkan kemahiran menyimak pelajar merupakan hal mendesak yang harus dilaksanakan. Mengapa pelajar kita amat sukar/sulit untuk menyimak? Untuk menjawab pertanyaan tersebut, terdapat tujuh faktor yang menjadi penyebabnya. Berikut akan dijelaskan faktor-faktor tersebut:
1. Pelajar suka/sulit menyimak disebabkan oleh pelajar itu memang tidak mahu menyimak. Pelajar yang tidak mahu atau malas menyimak juga disebabkan oleh banyak faktor lain yang pada akhirnya akan membuat dirinya sukar menyimak.
2. Seorang pelajar sukar menyimak kerana dia tidak mahu berlatih menyimak. Jika kemampuan menyimak seorang pelajar mahu dilatih, maka akan berbeza kemampuannya dengan pelajar lainnya yang tidak mahu berlatih.
3. Mari kita beranalogi pada kemampuan seseorang dalam bidang olah raga, misalnya menendang bola. Orang yang bernama besar di bidang ini misalnya, Pele, Maradona, Ronaldinho, Ronaldo, Messi dan yang lainnya merupakan orangorang yang mahir dalam menendang bola. Apakah kemampuan mereka ini dapat disamakan dengan si Pulan yang sama sekali tidak mahu berlatih menendang bola? Sesiapa pun akan mengatakan bahawa kemampuan mereka tentu sahaja tidak sama dengan kemampuan orang yang biasa dalam menendang bola.
Jangankan dengan orang yang sama sekali tidak mahu berlatih, dengan orang yang kurang berlatih atau dengan orang yang sudah sering berlatih saja, kadang kemampuan mereka itu tidak dapat disamakan. Bagaimana dengan kemahiran menyimak? Mereka yang mahir menyimak merupakan orang-orang yang mahu berlatih menyimak, sedangkan orang-orang yang sukar menyimak adalah disebabkan mereka tidak mahu berlatih menyimak.
4. Pelajar yang sukar menyimak bisa juga disebabkan oleh ketidakmampuannya secara konsisten dalam bidang yang terkait, misalnya, tidak memiliki pengetahuan umum yang memadai, tidak mengerti materi yang dibicarakan dan sebagainya. Di samping itu, hal ini juga yang bersangkutan tidak memiliki kebijaksanaan, atau otaknya lemah, terutama untuk berfikir yang berat-berat. Kelompok pelajar seperti ini biasanya memperlihatkan respon fizikalnya lebih banyak ‘bengong’ atau seperti orang melamun dan termangu-mangu. Kadangkala, pelajar seperti ini tidak betah berada dalam situasi seperti ini. Dia biasanya berusaha menghindari situasi yang dianggapnya tidak sesuai untuknya.
5. Pelajar sukar menyimak dapat pula disebabkan oleh adanya gangguan tidak kekal pada indera telinganya. Hal ini mungkin pelajar tersebut pernah sakit telinga, hal ini juga bersangkutan gendang telinganya yang pernah terluka atau pecah. Dengan kata lain, mereka ini lama-kelamaan ssesuai menjadi pelajar yang mematuhi arahan.
6. Seorang pelajar sukar menyimak dapat pula disebabkan oleh sukarnya member tumpuan/berkonsentrasi terhadap sumber simakan. Apakah pelajar mengalami kesukaran dalam member tumpuan? Banyak faktor yang menyebabkan pelajar kita sukar member tumpuan, antaranya seperti:
a. Indera mata, telinga, kulit kita sangat sensitif terhadap rangsangan/ stimulus seperti cahaya, suara, cuaca atau bentuk lainnya. Sehingga setiap stimulus yang datang senantiasa direspon secara seketika oleh indera pelajar tersebut. Hal ini berakibat pelajar menjadi mengalihkan perhatian pada sumber stimulus tersebut. Cahaya tertentu yang tiba-tiba tertangkap oleh indera mata membuat konsentrasi pelajar kita silau/buyar. Demikian pula halnya, dengan suara atau bunyi-bunyian. Telinga pelajar kita juga mudah terganggu konsentrasinya jika menyimak bunyi-bunyian lain yang lebih keras atau teratur. Bentuk-bentuk stimulus ini sering kali mengambil tempat pula pada bahagian tertentu daripada otak sehinggalah kita terpaksa melayani bentuk-bentuk gangguan tersebut. Sebagai ilustrasi dapat kita kemukakan pengalaman Mira berikut:
Mira sedang mengikuti pelajaran Ibu Dewi. Ketika sedang menyimak penjelasan Ibu Dewi tentang pola-pola dasar kalimat inti Bahasa, dia mendengar suara derit bangku yang didudukinya saat bangku itu bergeser atau bergerak. Bunyi derit bangku yang pelan tapi teratur itu sesuai betul dengan gerakan ke kiri dan ke kanan yang dibuatnya. Mira mengikuti bunyi tersebut secara seksama. Dia membayangkan alangkah indahnya bunyi tersebut jika diikuti bunyi seruling gembala. Dia juga menjadi terkenang dengan suara seruling dangdut yang ditontonnya semalam di sebuah stasiun televisyen swasta. Bunyi seruling yang dibayangkannya itu ternyata membawanya jauh ke sebuah kampung yang pernah ditinggalkannya. Mira asyik dengan lamunannya. Pelajaran hari itu gagal masuk dalam pikirannya. Pikirannya penuh dengan khayalan tentang kampung halaman dan tontonan acara dangdut di televisyen. Itu semuanya hanya gara-gara bunyi derit bangku.
b. Terkait dengan gangguan-gangguan dari luar (eksternal), konsentrasi juga sangat potensi terpecah kerana fikiran itu sendiri. Fikiran tersebut sangat rentan dengan stimulus dari luar. Fikiran manusia ini juga tidak bisa dikonsentrasikan kerana terlalu banyak yang difikirkan. Sementara seorang anak sedang konsentrasi memikirkan isi materi/bahan yang disimak pada saat pelajaran Matematik pagi ini, fikirannya masih bekerja memikirkan persoalan-persoalan di rumah. Ketika pelajar sedang menyimak dengan serius suatu ceramah, tiba-tiba dia teringat bahawa prakarya/tugas yang sedang dibuat belum sempat dimasukkan ke dalam rumah. Pelajar sekarang sibuk memikirkan jika tugas tersebut akan dicuri orang. Jika fikiran-fikiran tersebut terus menguasai pelajar, bagaimana pelajar dapat konsentrasi? Selain itu, ada hal lain yang juga turut mengganggu cara kerja fikiran. Cara kerja fikiran juga akan mendapat gangguan kalau pelajar asyik dengan fikiranfikirannya sendiri yang tidak terkait sama sekali dengan tambahan bahan yang disimak. Asyik dengan fikiran sendiri ini, sering kita sebut dengan mengkhayal.
c. Penyebab lain yang juga turut membuat anak kita sukar berkonsentrasi, iaitu adanya gangguan pada fizikal anak kita selaku penyimak, misalnya, sakit, demam, lelah, letih, lesu, lemah, mengantuk dan sebagainya. Kondisi fizikal seperti ini akan membuat seseorang sukar berkonsentrasi. Akhirnya, hal itu akan membuat yang bersangkutan sukar menyimak (lihat Bormann dan Bormann, 1991: 29-42)
d. Daya tahan pelajar kita dalam berkonsentrasi, pada dasarnya tidak dapat bertahan lama. Menurut pakar komunikasi, kemampuan manusia dalam menyimak hanya bisa bertahan selama 15 minit. Pada minit ke-16 biasanya, perhatian seseorang pelajar itu sudah beralih ke lain hal, kecuali sang pembicara (guru) mampu mengembalikan perhatian tersebut. Dengan kata lain, konsentrasi pelajar kita akan kembali segar kalau pembicara berhasil membuat hal-hal yang menarik setiap saat. Hal ini bermaksud, pembicara/guru mengubah gaya suara, mengganti subtopik, membuat kejutan, atau menyampaikan jenaka/humor. Dapat disimpulkan bahawa sukarnya pelajar berkonsentrasi kerana pembicara/guru kurang terampil berbicara (lihat Bormann dan Bormann, 1991: 29-42).
e. Selain itu, konsentrasi pelajar sukar terwujud kerana adanya factor pembicara (guru) yang tidak ada kredibiliti. Karakter pembicara yang tidak dapat dipercayai, munafik, menyebalkan, terlalu berpusatkan guru, terkesan sombong, angkuh, egoistis, pemarah, emosional, propokatif, dan lain sebagainya akan membuat pendengar merasa tidak nyaman/kurang selesa. Ketidaknyamanan tersebut berakibat konsentrasi penyimak merasa terganggu dan akhirnya penyimak menjadi tidak konsentrasi terhadap isi pembicaraannya (lihat dan bandingkan, Tarigan, 1994:72-76; Bormann dan Bormann, 1991:29-42).
f. Sukar berkonsentrasi juga disebabkan oleh gangguan daripada pelajar lain sesama mendengar. Mereka ini punya kecenderungan mengganggu orang lain yang berniat ingin menjadi penyimak yang baik. Ada juga yang memang hanya ingin sekadar berbicara dengan teman sebelah sambil membicarakan hal-hal yang terkait atau bahkan tidak terkait sama sekali dengan materi simakan. Duduk dengan pelajar yang suka mengajak ‘ngobrol’ ini tentu sahaja merugikan pelajar lain yang memang berkeinginan menyimak. Hal inilah yang dialami oleh pelajar SMA di Jakarta saat mereka sedang menyimak penjelasan guru mereka di kelas. Sebagian besar daripada mereka (61.0%) mengatakan bahwa konsentrasi mereka tidak dapat maksimum terhadap bahan/materi pelajaran kerana teman sebangku sering mengajak ‘ngobrol’.
Sedangkan 40.0% responden juga mengatakan konsentrasi sukar dilakukan kerana pelajar lainnya terlalu sibuk (Chaniago, 1997:44)
7. Seorang pelajar sukar menyimak dapat pula disebabkan kerana dia merasa lebih tahu daripada pada pembicara (guru). Mengapa pelajar seperti ini dikatakan sukar menyimak? Pelajar yang demikian ini, cenderung meremehkan atau menganggap mudah/enteng sipembicara. Kecenderungan menganggap mudah pembicara ini akan menutup telinganya daripada menyimak informasi yang disampaikan pembicara. Hal ini berpotensi menjadikan penyimak tidak secara sungguh-sungguh menyimak. Akhirnya, agak sukar mengharapkan daripada penyimak seperti pemahaman yang optimum. Untuk lebih jelas, perhatikan Rajah 1 dan 2 berikut:
Rajah 1 Faktor penyebab pelajar sukar mendengar (menyimak)
Rajah 2: Faktor penyebab pelajar sukar berkonsentrasi Masalah Kemahiran Membaca
Tertutupnya pintu sukses saat pelajar belajar di sekolah menengah dapat pula disebabkan oleh kesulitan yang dialami oleh pelajar kita dalam membaca. Mereka tidak mampu menyerap informasi daripada suatu bacaan. Mereka tidak dapat menangkap inti sari daripada wacana yang dibacanya. Mereka juga tidak berhasil dengan cepat dan tangkas menyelesaikan bacaan-bacaannya. Pelajar-pelajar kita tersebut tidak mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan bacaan yang telah dibacanya.
Mereka juga tidak mampu menyimpulkan setiap wacana yang telah dibacanya. Mereka juga tidak memiliki kemahiran membaca hal-hal yang tersirat daripada simbol-simbol tertulis yang telah dibacanya. Selain itu, kadangkala pelajar-pelajar kita juga tidak dapat membaca dengan artikulasi yang jelas dan benar setiap huruf yang dijumpainya ketika membaca. Misalnya, ketika dia diminta untuk membacakan hasil diskusi kelompok yang telah disusun bersama teman-temannya, pelajar ini kurang mampu melakukannya dengan baik.
Akibatnya, dia mendapat kecaman daripada guru dan atau daripada teman-temannya. Jika komentar teman-teman tersebut bersifat menyindir/memojok, maka tidak mustahil anak tersebut akan menjadi malu, rendah diri, stress, putus asa, pesimis, kurang bersemangat, kurang percaya diri, dan sikap entrovert lainnya.
Mengapa pelajar sulit membaca? Penyebabnya bisa bermacam-macam. Pelaku yang menyebabkan itu pun beragam. Mereka itu bisa siapa dan apa saja, seperti orang tua, guru, masyarakat lingkungan, sekolah, pemerintah daerah/pusat, televisyen, media elektronik lainnya, dan sebagainya. Daripada sekian banyak penyebab, dapat disebutkan antara lain:
1. Kita (orang tua dan guru) kurang memberi contoh dalam membaca. Kita jarang menyuruh pelajar kita membaca, kerana kita sendiri malas membaca. Kita tidak merasa malu kalau kita tidak pernah membaca apa pun. Pelajar-pelajar kita tidak pernah mendapat contoh yang baik dalam aktiviti membaca ini.
2. Minat baca masyarakat sangat rendah, ini akan berpengaruh pada sikap positif kita atau penghargaan kita pada umumnya terhadap aktivitas membaca, terhadap buku, kedai/toko buku, perpustakaan, termasuk terhadap pengarang buku. Oleh kerana pelajar kurang minat membaca, dia jadi malas membaca buku, malas pergi ke toko buku, malas membeli buku, malas pergi ke perpustakaan, dan sebagainya.
3. Guru dan sekolah kurang menciptakan situasi yang kondusif bagi pengembangan minat baca. Tugas-tugas yang diberikan guru, bahkan lebih banyak membuat anak benci, kesel, muak, mual, bosan ‘bete’ pada buku (baca: tugas). Pelajar semakin jauh dengan dunia buku.
4. Perpustakaan, kurang banyak jumlah bukunya, kurang perawatan dan pelayanannya, kurang terang lampunya, kurang kondusif tempat duduknya, atau terlalu bising suasananya.
5. program televisi yang begitu menarik dan beragam akhirnya lebih banyak menyita waktu pelajar-pelajar kita. Hal ini membuat mereka kurang waktu luangnya untuk membaca atau belajar. Program-program tersebut kurang sekali yang memberikan kemungkinan berkembangnya minat baca mereka. Bahkan sebagian di antaranya mematikan keinginan pelajar untuk membaca buku.
Misalnya, sinetron yang diangkat dari sebuah novel, hanya akan membuat anak makin segan membaca novel tersebut, karena merasa sudah asyik dengan cerita sinetronnya.
Bagaimana caranya mengembangkan kebiasaan membaca pada pelajar kita? Ada beberapa cara yang bisa kita lakukan, di antaranya:
1. menggalakkan anak untuk berlangganan majalah atau koran atas nama mereka sendiri.
2. Menggalakkan membaca buku perpustakaan yaitu dengan cara mengharuskan setiap anak untuk membawa ke kelas bukunya yang akan digunakan untuk merancang tahap membaca bebas.
3. Menggunakan keuntungan khusus dari setiap kejadian di sekitar untuk memotivasi anak membaca bebas.
4. Menggunakan kegiatan tertentu dari pelajar, misalnya menonton film/sinetron, olah raga untuk menggalakkan anak dalam membaca hal-hal yang mereka sukai itu di perpustakaan.
5. Merencanakan cara-cara tertentu dalam menolong anak meningkatkan pengetahuan mereka yaitu dengan membaca pengayaan dari majalah atau sumber bacaan lain.
6. Membawa klipping artikel dari surat kabar/majalah ke dalam kelas untuk mendiskusikan kejadian-kejadian penting. (Edward Fry, 1972).
Masalah Kemahiran Menulis
Anak-anak kita sering mengalami kesulitan dalam menuliskan sesuatu yang dipikirkannya. Mereka sukar mengembangkan ide-ide mereka tersebut dalam bentuk tulisan. Mereka juga mengalami kesulitan dalam mengungkapkan perasaannya dalam tulisan. Kadang-kadang kita juga merasa anak kita sulit sekali kalau diminta untuk menuliskan pendapatnya tentang sesuatu yang pernah dipelajarinya, yang pernah dibacanya, yang pernah didengarnya, atau yang pernah dilihatnya. Bahkan kita kadang kala juga pernah menjumpai ada di antara mereka yang tidak bisa menuliskan sesuatu yang diinginkannya.
Mengapa pelajar sulit menulis? Jawabannya tentu saja sangat kompleks. Orang kadang kala melihat menulis ini sebuah bakat yang telah dibawa anak sejak lahir. Namun banyak juga yang beranggapan bahwa menulis itu sebuah keterampilan yang bisa dilatihkan kepada siapa saja. Barang siapa mau berlatih maka yakinlah dia akan mampu menulis dengan baik. Pelajar-pelajar kita ini mengalami kesulitan dalam menulis mungkin mereka tidak pernah berlatih dengan serius, dan juga mungkin mereka ini kurang berlatih dengan benar. Selain itu, mereka ini mungkin tidak mau berlatih dengan sungguh-sungguh. Di samping itu, bisa juga pelajar kurang mampu berlatih dengan baik atau kurang mendapatkan kesempatan untuk berlatih dengan baik, benar, dan serius.
Bentuk-bentuk latihan menulis yang dapat dilakukan oleh pelajar (rujuk Jadual 1).
Masalah Kemahiran Berbicara
Hal keempat yang bisa menjadi penghalang bagi keinginan untuk sukses belajar di sekolah menengah pada anak-anak kita ialah kesulitan dalam berbicara. Pelajar-pelajar kita sering kali mengalami kesulitan dalam berbicara di depan umum. Kata-kata serta kalimat-kalimatnya tiba-tiba menjadi hilang atau terputus-putus. Jantung tiba-tiba gemetar, berdetak kencang. Akhirnya, membuat mereka gugup, tidak sanggup mengatakan apa-apa walaupun mereka sudah mempersiapkan sebaik mungkin saat sebelum maju ke depan forum.
Selain itu, pelajar-pelajar kita ini sering pula sulit berbicara yang sederhana dalam pergaulan sehari-hari. Mulutnya seolah-olah tertutup, tidak bisa terbuka untuk berbicara. Ide, pikiran, gagasan, pendapat, opini, yang sudah dirancang untuk dikatakan tiba-tiba hilang begitu saja. Untuk sekedar menjawab pertanyaan seseorang guru di kelas, teman, orang lain di jalan, pelajar-pelajar kita lebih banyak diam dari pada mengeluarkan katakata. Apalagi untuk kegiatan berbicara yang lebih komplek, panjang dan sistematis, tentunya mereka lebih banyak lagi mengalami kesulitan.
Pertanyaan kita sama, yaitu mengapa pelajar kita sulit berbicara? Apakah kita selaku guru atau orang tua, terlalu mengekang diri mereka sehingga mereka takut berbicara? Atau apakah kita ini terlalu kejam sehingga mereka menjadi begitu pendiam. Kita sering menjumpai orang tua yang selalu berkata: ‘Hai, kamu masih anak kecil, tak boleh ngomong begitu!’ Kadang kita juga pernah mendengar sebagian orang tua melarang anaknya terlibat dalam suatu percakapan keluarga karena mereka kita anggap belum pantas terlibat dalam perbincangan. Kalau memang demikian, maka kita sebenarnya termasuk sebagian orang yang telah turut “berjasa” dalam ‘mematikan’ kemampuan anak kita dalam berbicara.
Pada usia 2-3 tahun, pelajar kita memasuki suatu masa perkembangan diri mereka yaitu, ‘masa bertanya’. Apa saja selalu ditanyakan oleh mereka kepada kita, tentang apa dan siapa saja yang dilihat, diraba, dirasa, didengar, dan diciumnya. Pada masa perkembangan ini, orang tua yang bijak tidak akan pernah menolak sesederhana apapun materi yang ditanyakan oleh anak-anak mereka. Seharusnya memang demikianlah. Kita harus berusaha jangan sampai melarang mereka bertanya, melarang mereka untuk mengajukan keinginan, perasan , atau pendapat mereka. Kalau itu yang kita lakukan, maka kita memang salah satu unsur yang telah turut “membunuh” kemahiran berbicara mereka.